Siakap Keli
Gambar: The Nation/Asia News Network

Covid-19: Lelaki Ditahan Jual Topeng Terpakai

Bangkok – Sebuah kilang yang menjual topeng muka terpakai dan dihasilkan semula sebagai topeng baharu telah diserbu polis di wilayah Saraburi, semalam.

Ketua Pegawai Daerah Wihandaeng, Somsak Kaewsena berkata, beliau bersama anggota dari Balai Polis Wihandaeng telah menyerbu sebuah kilang kitar semula di Nongsuong yang menghasilkan topeng muka terpakai.

Polis mendapati enam pekerja kilang sedang menyusun topeng muka terpakai dan menggosok (dengan seterika) sebelum dimasukkan ke dalam kotak agar kelihatan baharu seperti belum digunakan.

Salah seorang pekerja memberitahu bahawa mereka menerima topeng muka terpakai tersebut daripada peniaga, dan mereka tidak tahu tentang perkara sebenar.

“Pekerja ini berkata bahawa mereka menerima bayaran sebanyak 1 Bhat ($0.04) per helai dan setiap seorang daripada mereka akan memproses (kitar semula) topeng tersebut sebanyak 300 ke 400 helai,” jelas Somsak.

Negara gajah putih itu sedang mengalami kekurangan stok topeng muka selepas menteri kesihatan mengumumkan berkenaan kematian seorang warganya yang berumur 35 tahun pada Ahad lalu. disebabkan terkena jangkitan COVID-19.

Thailand kini telah mempunyai 43 kes yang disahkan.

Sebahagian besar daripada mereka yang dijangkiti adalah pelancong China atau warga Thailand yang mempunyai kontak dengan pelancong.

Sumber: Asiaone

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'