Siakap Keli

Dapat Selamatkan Nyawa, ‘Pilot’ Dedah ‘Seat’ Paling Selamat Dalam Kapal Terbang

Pasti ramai diantara kita yang mempunyai perasaan takut dan fobia untuk menaiki pesawat.

Jika ada perkhidmatan awam lain yang boleh digunakan tanpa perlu menaiki pesawat, pastinya perkhidmatan itu yang akan diutamakan.

Namun begitu, sebagai seorang yang mempunyai fobia menaiki pesawat, persoalan tentang tempat duduk yang paling selamat di dalam pesawat pasti pernah bermain-main di fikiran anda.

Memetik artikel dari portal Tribun, seorang juruterbang ada mendedahkan tentang tempat duduk yang paling selamat sekiranya berlaku kemalangan ketika menaiki pesawat.

Menurut juruterbang itu, tempat duduk ini boleh memberikan peluang kedua buat penumpang supaya selamat daripada sebarang kecelakaan. Jadi, dimanakah terletaknya kerusi ini?

Baik pesawat mendarat di air atau di tanah, tempat paling selamat di dalam pesawat adalah pada bahagian sayapnya, lapor Express.co.uk.

“Sayap pesawat secara strukturnya adalah merupakan bahagian yang paling kuat terdapat pada sebuah pesawat,” ujar juruterbang yang tidak mahu mendedahkan indentitinya itu.

“Ianya disokong oleh besi yang kuat yang bercantum sekali dan sebab itulah ianya menjadi tempat yang paling selamat sekali di pesawat,” katanya.

Juruterbang itu turut menjelaskan bahawa jika pesawat terpaksa membuat pendaratan kecemasan di air, ekornya yang akan menyentuh air terlebih dahulu.

Bahagian tengah pesawat pula yang paling lama bertahan.

Impak daripada pendaratan kecemasan itu pernah diterbitkan pada tahun 2012 dalam satu siri dokumentari berjudul The Plane Crash.

Dalam dokumentari itu, sebuah pesawat jenis Boeing 727 yang membawa kamera, sensor dan patung ujian telah terbang dengan kelajuan 140 mph dan kemudiannya turun pada altitud 1,500 kaki per minit, seterusnya terhempas di sebuah kawasan terpencil yang tidak didiami iaitu di padang pasir Mexico.

Rakaman yang luar biasa itu memaparkan bahagian depan kapal terbang yang telah terbelah, sementara bahagian tengah dan belakang tetap utuh.

Pakar membuat kesimpulan bahawa tiada penumpang di bahagian first-class akan terselamat, ini kerana mereka duduk di bahagian depan pesawat.

Walau bagaimanapun, 78 peratus penumpang lain mungkin terselamat, dengan kebanyakan mangsa yang terselamat itu duduk di bahagian belakang pesawat.

Baca: Tak Boleh Berhenti Kunyah, Ini ‘Jajan’ Paling ‘Legend’ Buat Teringat Zaman Dulu-Dulu 

Sumber: Tribun

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa