Siakap Keli
Gambar: Bernama

Padah Curi Air, Kebun Sayur Diserbu SPAN, SAINS

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

PORT DICKSON, 3 Mac — Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd (SAINS) dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini menyerbu sebuah kebun sayur di Kampung Jimah Lama dekat sini, selepas dikesan membuat penyambungan paip secara haram bagi tujuan mencuri air.

Pengarah Unit Komunikasi dan Hal Ehwal Pengguna SPAN Mohd Fazil Ismail berkata serbuan itu dijalankan pada pukul 11 pagi selepas pihaknya menerima aduan daripada orang awam dan siasatan mendapati pemilik kebun telah melakukan penyambungan haram tanpa meter di lokasi berkenaan.

“Sambungan yang dilakukan ini adalah untuk menyalurkan bekalan air dalam premis itu bagi tujuan aktiviti penanaman dan kegunaan harian,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 123 (1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 dan jika sabit kesalahan, pesalah boleh dijatuhi hukuman denda RM100,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya sekali.

Mohd Fazil berkata SPAN juga memohon kerjasama orang awam untuk melaporkan sebarang kes berkaitan perbuatan mencuri air kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan SPAN dengan menelefon 03-83179333 atau menghantar email ke [email protected].

Sumber: BERNAMA

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.