Siakap Keli
Kredit: Facebook Viral Meletop

Penat Cari Nafkah Untuk Keluarga, Penjual Ais Krim Ditemui Mati Atas Motosikal

Kasih ibu membawa ke syurga, kasih ayah sepanjang masa – hinggalah ke hujung nyawanya.

Menyentuh hati, seorang ayah yang merupakan penjual ais krim telah ditemui meninggal dunia ketika sedang bekerja mencari rezeki buat keluarganya.

Misyanto, 66 ditemui penduduk tempatan di jalan Desa Ledokombo, Jawa Timur, Indonesia semalam dalam keadaan kepala terlentok ke bahagian ‘handle’ motosikal miliknya.

Menurut Suara Indonesia, saksi kejadian, Suwoco, 40, telah menemui arwah ketika dia ingin melalui jalan tersebut setelah keretanya terhalang dengan motosikal arwah.

Ketika cuba membunyikan hon supaya arwah mengalihkan motosikalnya, Suwoco mendapati mangsa tidak memberi sebarang respon.

Lantaran itu, saksi berkenaan turun dari kereta dan menghampiri lelaki berkenaan yang sudah kaku.

“Sejurus mendapat laporan penduduk, anggota polis terus ke lokasi kejadian. Kami sudah memeriksa jenazah mangsa bersama pasukan medik,” kata jurucakap Balai Polis Daerah Sumber, Iptu. Sono.

Hasil pemeriksaan pihak polis mendapati tiada tanda jenayah pada tubuh mangsa serta barang miliknya juga tidak hilang.

“Berdasarkan keterangan keluarga, mangsa sebelum ini sering mengeluh pening dan sesak nafas. Tapi tetap berkeras pergi bekerja menjual ais. Keluarganya menolak bedah siasat dijalankan,” kata Sono.

Sumber: Suara Indonesia

Amira

Love yourself.