Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Sehari Sebelum Perlawanan Penting, CR Bergegas Pulang Portugal Selepas Ibunya Diserang Strok

Cristiano Ronaldo terpaksa terbang pulang ke Madeira selepas ibunya dimasukkan ke dalam hospital kerana mengalami strok.

Ibunya, Dolores Aveiro, dikatakan telah dimasukkan ke Hospital Dr Nelio Mendonca di Madeira pada pukul 5.00 pagi tadi.

Media tempatan berkata ‘dia sedar dan stabil’. Dia akan menjalani pemeriksaan baru tidak lama lagi untuk menentukan keadaan kesihatannya.

Gambar: Daily Mail

Laporan mengatakan bahawa bintang Juventus itu terbang ke pulau Portugis tersebut dengan menaiki jet persendirian pada hari ini dan akan kembali ke Itali pada esok untuk menghadapi perlawanan menentang Milan.

Satu laporan tempatan mengatakan Dolores telah mengalami strok iskemia yang disebabkan oleh bekuan darah yang menghalang atau memancarkan darah di otak. Ia  adalah jenis strok yang paling biasa.

Dolores sedang berehat selepas menerima trombektomi mekanikal, teknik yang melibatkan penyingkiran bekuan darah dari arteri melalui catheter.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa