Siakap Keli
Gambar: BBC

COVID-19: Jepun Mungkin Tangguhkan Tokyo 2020

MENTERI Olimpik Jepun, Seiko Hashimoito berkata, acara Tokyo 2020 mungkin akan ditangguhkan dari musim panas sehingga hujung tahun berikutan bimbang dengan penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Menjawab persoalan tersebut di parlimen Jepun, beliau menjelaskan kontrak Tokyo dengan Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) yang akan diadakan pada 2020.

“Boleh dimaksudkan dengan penangguhan,” katanya.

Acara sukan antarabangsa tersebut dijadualkan bermula dari 24 Julai sehingga 9 Ogos.

“Kami akan cuba usahakan yang terbaik untuk memastikan acara tersebut berjalan seperti yang dirancang,” tambah Hashimoto lagi.

Hak pembatalan acara tersebut adalah tertakluk di bawah perjanjian bersama IOC.

Dalam pada itu, Presiden IOC, Thomas Bach pula menjelaskan, pihaknya kekal dengan pendirian untuk berasa sangat yakin dengan kejayaan ingin meneruskan acara tersebut di Tokyo.

“Saya ingin menggalakkan semua atlet untuk terus membuat persediaan dengan keyakinan yang terbaik dan penuh bertenaga,” tambahnya.

Beberapa acara sukan berprofil tinggi telah dibatalkan atau ditangguhkan rentetan jangkitan COVID-19, termasuklah Kejohanan Tertutup Atlet Dunia di Nanjing dan Chinese Grand Prix di Shanghai yang sepatutnya dijadualkan pada 17 hingga 19 April.

COVID-19 yang berasal dari China, telah tersebar ke lebih 60 buah negara di seluruh dunia dan telah membunuh kira-kira 3,000 orang setakat ini.

Sumber: BBC

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.