Siakap Keli
Gambar: IG Yana Samsudin

Hajat Nak Sambut “Birthday” Tak Kesampaian, Adik Yana Samsudin Meninggal Dunia Lepas 37 Hari Jadi Ayah

Adik lelaki kepada pelakon Yana Samsudin, Muhammad Fahmi Harith Samsudin dikhabarkan telah menghembuskan nafas terakhirnya semalam.

Menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram, Yana memaklumkan perkara sedih berkenaan kepada semua pengikutnya.

Lebih mengayat hati, arwah Fahmi yang merupakan satu-satunya lelaki dalam adik-beradik turut dikatakan baru sahaja bergelar bapa selama 37 hari.

”Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah..

”Macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari…” tulis Yana.

Difahamkan, arwah yang meninggal dunia sewaktu tidur, berada bersendirian di rumah ketika itu kerana isterinya sedang berpantang di Sarawak.

”Kau pergi tanpa kata apa apa kepada kami..

”Nana masih pantang kat Sarawak, kau pergi tinggalkan dunia ni sorang-sorang kat rumah tu dik…” kata Yana.

Malah, adiknya turut memberitahu sebelum itu hajatnya ingin pulang ke kampung mereka di Yong Peng, Johor bagi menyambut hari lahir bersama-sama namun tidak kesampaian.

”Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik…

”Kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah, mak abah dan semua ya..” tulis Yana.

Ya Allah sedih akak dik..

View this post on Instagram

Innalillahwainalillahirojiun… lately ni bila baca berita orang meninggal dan ziarah orang meninggal.. rasa terlalu sayu.. sampai rasa nak elak pun ada sebab tak dapat bayangkan kalau terjadi kat diri sendiri. Hilang abang, hilang ayah hilang suami sekelip mata. . . Rupanyaa hari ni… 😢 Aku kehilangan adik aku.. Ya Allah .. macam mana nak ada kekuatan diri ni.. satu satunya lelaki dalam adik beradik, baru jadi ayah 37 hari….. . . Dik… ada bagitau Nana yang nak balik Yong peng minggu ni kan sebab nak sambut birthday sekali? Rupanya betul akak bawa ko balik dik… kejap lagi kita jumpa Nana dan Fattah , mak abah dan semua ya.. . . Dik.. akak halalkan segalanya dunia akhirat… Dik , ko seorang yang memudahkan urusan orang lain.. ada masalah diam.. takda masalah pun diam.. . . Tak da apa lagi akak boleh cakap , akak dah sakit kepala sakit mata menangis dari siang tadi.. akak terlalu sayang kan ko , tapi Allah lebih sayang kan ko dari segalanya… . . Ko pergi tanpa kata apa apa kepada kami.. Nana masih pantang kat Sarawak .. ko pergi tinggalkan dunia ni sorang sorang kat rumah tu dik… . . Ya Allah sedih akak dik .. tapi akak tengok di sebalik hikmah semua ni mudahnya kau pergi dik… . Semoga Allah ampun segala dosa dan mudah kan urusan di akhirat kelak… amin.. . . Mohon doakan Al-Fatihah buat arwah adik saya Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin. @fahmiharith #achikamie yang meninggal masa tidur .. . . Mohon jika ada salah silap arwah minta halal makan minum arwah. Kalau ada apa apa PM saya dan suami saya ya.. @fadzilzahari … yang benar -YS @mizznana88

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Mohon doakan arwah

View this post on Instagram

4 March 2020 : Assalamualaikum WBT… Innalillahi wainna ila hirojiun.. Al Fatihah buat allahyarham adik saya: Muhammad Fahmi Harith Bin Samsudin (7/3/1990-3/3/2020) . . Beliau telah kembali ke rahmatullah semalam 03 Mac 2020. Buat yang mengenali arwah dan ingin bertemu dan menyolatkannya arwah akan berada di Bahagian Forensik Hospital Klang Tengku Ampuan Rahimah di antara jam 10.30am – 11.30am. . . Seterusnya arwah akan di bawa ke tempat kelahirannya di Yong Peng Johor di no 25 Jalan Kota Impian 3, Taman Kota Impian 3, 83700 Yong Peng Johor seterusnya di kebumikan di Tanah Perkuburan Islam River Estet Masjid Besar Yong Peng Johor. . . Boleh hubungi abang iparnya @fadzilzahari 0126952969 dan adik nya @cikmudawannyx

A post shared by Yana Samsudin (@yanasamsudin) on

Moga arwah Muhammad Fahmi Harith ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan diberikan ketabahan kepada seluruh keluarga Yana Samsudin.

Sumber: Yana Samsudin

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)