Siakap Keli
Kredit: Bernama/Google

Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong Dipinda Ke 8 Jun

Putrajaya, 4 Mac- Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Mohd Zuki Ali mengumumkan pindaan Hari Keputeraan Yang Dipertuan Agong yang jatuh pada 6 Jun 2020.

Dalam kenyataan media dimuatnaik di Facebook rasmi KSN, beliau memaklumkan hari tersebut dianjak kepada Isnin bersamaan 8 Jun 2020.

“Adalah dimaklumkan bahawa Kerajaan bersetuju supaya Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong bagi tahun 2020 dipinda daripada hari Sabtu, 6 Jun 2020 kepada Isnin, 8 Jun 2020,” tulis kenyataan terbabit.

“Kerajaan juga telah bersetuju supaya mulai tahun 2021 dan sepanjang tempoh pemerintahan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Hari Keputeraan Rasmi baginda adalah pada Isnin pertama bulan Jun setiap tahun,” tambahnya.

Hari Keputeraan Rasmi tersebut merupakan hari kelepasan am bagi seluruh Malaysia.

Sumber: Ketua Setiausaha Negara

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.