Siakap Keli

“Ini Nasihat Yang Salah,” Dr Amalina Perjelas Fungsi ‘Hand Sanitizer’ Untuk Cegah Covid-19

Umum telah mengetahui bahawa dunia kini sedang kecoh dengan kewujudan virus Covid-19 yang telah membunuh ribuan manusia di beberapa buah negara.

Dengan jumlah kematian yang dilaporkan hari demi hari, pelbagai langkah bagi mencegah dan merawatnya giat dijalankan. Usaha memerangi wabak ini bagi mengekang daripada terus tular tidak pernah berhenti.

Dalam kesibukan sesetengah pihak memerangi virus ini, masih ada golongan yang tidak bertanggungjawab menyebarkan berita-berita serta info yang tidak tepat.

Dr. Amalina menerusi akaun Twitter miliknya ada berkongsikan tentang salah satu info salah berkenaan cecair pembasmi kuman tangan yang telah tular di media sosial.

Menurut bebenang yang dibuat, Dr. Amalina ada menyatakan bahawa cecair ‘hand sanitizer’ yang mengandungi alkohol sebanyak 60-95% itu berkesan untuk membersihkan tangan anda.

“Info berkenaan COVID-19 yang telah tular di media sosial ini adalah salah. Pembersih yang mengandungi alkohol sebanyak 60-95% berkesan membersihkan tangan anda”

Tambahnya menerusi Tweet seterusnya, adalah lebih baik mencuci tangan anda dengan sabun dan air selama 20 saat, lebih-lebih lagi jika tangan anda itu kotor.

“Ya, lebih baik cuci tangan menggunakan sabun dan air selama 20 saat, lebih-lebih lagi jika tangan anda itu kotor. Namun begitu, guna cecair pembasmi kuman tangan adalah lebih bagus daripada tidak membasuh tangan”.

Dalam pada itu, Dr. Amalina juga turut menasihatkan bahawa cecair pembasmi kuman tangan tidak boleh dijadikan pengganti untuk membasuh tangan.

“Sila ingat bahawa cecair pembasmi kuman tangan tidak boleh menjadi pengganti untuk membasuh tangan, cuma gunakan ia sekiranya anda tidak boleh mencuci tangan sahaja. Walau apa pun, basuh tangan anda secara kerap!”

Sumber: Dr. Amalina Bakri

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa