KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu tweet di Twitter @KKMPutrajaya melaporkan tentang penemuan 14 kes positif baharu COVID-19 di negara ini.
Menurutnya, sebahagian besar kes tersebut adalah dalam kontak rapat dan berkait dengan satu kes kluster, iaitu kes ke-26.
Ini bermakna, 21 kes positif dari kluster ini iaitu 14 kes hari ini dan tuju kes yang telah diumumkan semalam.
Sambungan pada thread menyatakan lagi, 50 kes setakat ini termasuk 22 yang telah sembuh dan discaj.
Pengesanan kontak rapat masih berjalan dan KKM berharap maklumat tepat diberikan ketika siasatan.
Kenyataan penuh KKM bakal menyusul.
TERKINI: 14 lagi kes baharu positif #COVID19 di Malaysia, 4 Mac.
Sebahagian besar kes ini adalah kontak rapat dan berkait dgn satu kes kluster iaitu kes ke-26.
Ini bermakna, 21 kes positif dari kluster ini iaitu 14 kes hari ini dan 7 kes yg telah diumumkan semalam.
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 4, 2020
Setakat ini, 21 kes positif dikaitkan dgn kes kluster iaitu kes ke-26.
Kes ke-30 hingga kes ke-50 adalah kontak rapat atau dikaitkan dgn kes ke-26.
Pengesanan kontak rapat
oleh pasukan kesihatan KKM di lapangan masih berjalan. pic.twitter.com/5qtkCm1XlE— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 4, 2020
Sumber: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia