Siakap Keli

(Video) “Bukan Ibu Tak Sayang,” Ibu ‘Pergi’ Tinggalkan Suami, 2 Anak Hidap Penyakit Aneurysm

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pemergian orang tersayang sangat pahit bila ia menjadi kenangan. Lebih-lebih lagi jika insan tersebut merupakan teman sehidup yang sentiasa menjadi peneman disisi.

Sudah pasti, semasa mereka masih hidup, haruslah meluangkan masa bersama mereka selagi ada peluang dan ruang waktu. Tunjukan pada mereka kasih sayang yang kita limpahkan kepada mereka.

Seorang suami malah seorang ayah kepada dua cahaya mata, Azlan Adnan berkongsi pengalaman dan kisah pilu di laman Facebooknya tentang pemergian isteri tercinta. Sebelum menghempuskan nafas terakhir, isterinya didiagnosis menghidap satu penyakit iaitu penyakit Aneurysm.

Kata suaminya ketika dihubungi oleh pihak SK hari ini, mereka masih menunggu laporan akhir kematian isteri tercinta.

Dalam jam 10:25mlm, 20/1/2020

Ibu masih terbaring tidur sama mcm pagi tadi. Bergerak, bernafas macam mana pagi tadi. Tidur macam biasa. Bergerak berpusing kiri kanan. Tidur nyenyak cuma tak boleh sedar dari jam 3.30 petang sampai la malam.

Setiap kali babah jengah ibu, air liur, ibu tak boleh kemam. Jadi babah lap perlahan-lahan bagi ibu nampak bersih.

Tapi jam ni, lepas babah terlambat jengah ibu. Air makin banyak kat mulut ibu. Babah lap dan itu kali pertama dan juga kali terakhir babah cium pipi ibu, peluk ibu sambil bisik;

“Anak-anak kita masih kecik lagi sayang. Bangun la…”

Air mata sebelah kanan ibu tiba-tiba keluar. Babah terus lapkan air mata ibu sambil kemas kan tisu-tisu yang melekat di pipi ibu. Babah duduk bertenang sekejap di kerusi sebelah ibu. Dalam beberapa saat, babah rasa pelik kenapa ibu tak bernafas mcm biasa. Babah panik

Rasa nafas ibu di hidung.. Tak ada. Rasa nadi ibu dipergelangan tangan. Tak ada.

Babah menjerit panggil jururawat. Jururawat terus berlari masuk bilik untuk tengok ibu. Babah turun ke bawah, babah tak boleh terima, Dan babah tahu ibu mmg dah tak ada.

Ammar.. Rania
Satu hari, kalau terbaca ni semula. Babah cuma nak korang berdua tahu. Walaupun hanya Abang Ammar saja dapat rasa moment hari ibu pergi. Harap Ammar dan Rania faham kenapa ibu “pergi tinggalkan kita”.

Bukan ibu tak sayang. Tapi Allah pinjam kan ibu untuk kita
Sekejap je..

Anak-anak mungkin tak tahu. Cara mana nak sampai kan pada babah, yang depa rindu ibu.

Yang anak-anak tahu, Ibu dah ‘sleep’ katt kubur

Ammar cuma sempat 2 tahun 2 bulan, Rania cuma sempat ibu dukung 4 bulan saja.
Babah beruntung sikit dengan kamu berdua. Sempat 4 tahun 2 bulan. Tak lama macam mana anak-anak lain, Tak lama macam mana babah dan nenek. Tapi percayalah, Ibu sedang tunggu kita kt sana

Ingat pesan babah. Bila abah pun dah tak ada. Rajin-rajin jengah kubur bila rindu. Kalau teringat, terus tadah tangan “Doa”. Minta Allah tautkan rindu kita dalam mimpi. Minta kita semua semula bersama 1 keluarga

Genap awak pergi sebulan hari ni, macam mana lagi setahun akan datang? Harap Allah berikan kekuatan dan kesihatan berpanjangan buat kita 3 beranak.

Perkahwinan bukan cari persamaan. Bukan cari apa yang kita suka atau kita boleh lari dengan apa yg kita tak suka. Persamaan belum tentu membahagiakan, perbezaan itulah tanda “saling melengkapi”. Jika kita saling memahami

Terima kasih sebab sama-sama telan, pahit manis maung bersama Abang. Sampai hari ni abang rasa macam mimpi. Mimpi yang panjang sangat. Mengharap mimpi ni janganlah jadi kenyataan.

Nordiana Bidin
Wanita sempurna dalam hidup kami sampai akhir hayat

Ingat pesan abah,
JANGAN LUPA IBU

Semoga Allahyarhamah isteri Azlan Adnan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

 

Sumber: Azlan Adnan

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)