Keputusan Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2019 bakal diumumkan hari ini. Debaran para pelajar kian terasa, bukan itu sahaja, ibu bapa dan para pendidik juga tidak sabar menunggu keputusan yang bakal keluar itu.
Menurut Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memaklumkan bahawa calon-calon boleh mendapatkan keputusan SPM mereka dari sekolah masing-masing pada pukul 10 pagi ini.
Bagi yang ingin menyemak melalui atas talian iaitu melalui mySMS 15888 dengan menaip SPM, jarak, Angka Giliran dan SMS ke 15888.
Perkhidmatan itu dijangka aktif pada pukul 10 pagi, 5 Mac 2020 dan bakal tamat pada 11 Mac 2020 pada pukul 6 petang.
Sumber: KPM