Siakap Keli
Gambar: Daily Mail

Tak Sengaja Cipta ‘Senjata Kimia’ Perang Dunia, Kesilapan Lelaki Hampir Bunuh Semua Orang Ketika Sauna

Seorang lelaki berkata dia secara tidak sengaja mencipta semula sebuah ‘senjata kimia yang digunakan pada Perang Dunia pertama’ di dalam sauna.

Selepas melakukan senaman, lelaki itu berkata dia memutuskan untuk mencuba bilik sauna di gym dan mendapati bahawa bilik tersebut telah penuh dengan lima orang lain yang sudah berada di dalamnya.

Dia mengatakan bahawa dia hampir tidak berpeluh selepas 10 hingga 15 minit dan berpendapat ia adalah idea yang baik untuk menuangkan air ke atas batu di atas sistem pemanasan untuk meningkatkan suhu.

Dia mengambil sebuah bekas kayu dari dalam sauna dan meninggalkan bilik itu untuk mengisi baldi dengan air dari kolam yang terletak di luar untuk memercikkan batu-batu.

“Bilik itu semakin panas lagi, atas sebab tertentu, mata saya mula terbakar dan paru-paru saya merasa seperti sedang terbakar.

“Semua orang di dalam bilik itu mula mengerang dan batuk. Kami semua bergegas keluar dari bilik sauna (pintunya agak kecil).

“Semua orang di kawasan kolam sangat terkejut mengapa kami semua keluar dari sauna. Kami berdehit dan batuk.

“Saya cuba memikirkan apa yang sedang berlaku dan saya menyedari bahawa air kolam itu penuh dengan klorin. Apabila saya menuangkannya ke atas batu-batu, asap yang terkeluar merengsa mata dan paru-paru.

“Selepas pulang ke rumah dan lakukan pencarian di Google, saya sedar apa yang saya lakukan adalah gas semua orang di sauna dengan gas klorin yang digunakan pada Perang Dunia Pertama sebagai senjata kimia,” katanya.

Sumber: Mirror Uk

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa