Siakap Keli

TERKINI: 5 Lagi Kes Terbaru Covid-19 Dilaporkan Di Malaysia

Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi satu perkongsian terbaru di akaun Facebook rasminya telah mengesahkan bahawa terdapat lima lagi kes baharu positif Covid-19 dilaporkan di Malaysia.

Kes tersebut menjadikan jumlah keseluruhan 55 kes di Malaysia. Kelima-lima kes terbaru itu adalah kontak rapat dan generasi kedua kepada kontak rapat kes sebelum ini.

TERKINI: Lima lagi kes baru positif #COVIDー19 di Malaysia, 5 Mac 2020.

Semua 5 kes ini adalah kontak rapat dan generasi kedua (kontak rapat kepada kontak rapat) kes kluster (kes ke-26).

Ini menjadikan 26 kes yg dijangkiti daripada kes kluster setakat ini.

Keseluruhan kes di Malaysia setakat petang ini ialah 55 iaitu:

1. 33 dirawat di Hospital Sungai Buloh dan HKL.

2. 22 telah sembuh dan discaj.

Daripada 33 kes yang masih dirawat, hanya dua kes bukan warganegara (kes 24 dan 25).

Kenyataan penuh KKM menyusul.

Kerajaan juga menyekat sementara kemasukan pelawat dari wilayah dan bandar dari Iran, Jepun dan Itali. Program antarabangsa juga dinasihatkan untuk ditangguhkan sementara situasi sekarang.

Sumber: KKM

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa