Siakap Keli

(Video) Bagai Tiada Sambutan,Kota Itali Kosong Sepi Tanpa Pelancong

Venice yang selalunya penuh sesak dengan pelancong kini sunyi sepi selepas wabak virus Covid-19 melanda negara Itali.

Sebuah rakaman yang diambil di bandar Laguna itu menunjukkan keadaan kafe yang kosong, sampan-sampan yang tidak dipakai dan beberapa pelancong yang sedang berlegar-legar di sekitar St Mark’s Square.

Beberapa tempat tumpuan pelancong di Itali seperti Florence, Sienna dan Rom juga turut kelihatan kosong.

Individu yang merakam keadaan di Itali itu menyatakan bahawa landskap sebegitu tidak pernah disaksikannya sebelum ini.

Venice merupakan salah satu bandar di Itali yang paling teruk terkesan sejak wabak itu mula tercetus pada bulan lalu.

Karnival Venice terpaksa dibatalkan buat pertama kalinya sejak kebangkitan bandar itu pada 1970.

Beberapa kes virus Covid-19 telah disahkan berlaku di Venice sendiri. Ianya sekali gus telah mencetuskan kebimbangan terhadap orang ramai serta pelancong.

Para petugas kesihatan dapat dilihat menyembur jalan-jalan, kolam renang, plaza dan jambatan sebagai langkah pencegahan yang dilakukan oleh majlis perbandaran.

Langkah pencegahan itu juga turut dilakukan di gondola dan pengangkutan awam yang terdapat di bandar itu.

Satu demi satu, perkhidmatan feri untuk kebandar itu dibatalkan, sejurus selepas pengumuman untuk menutup sementara muzium dan sekolah dibuat.

Penerbangan cuti musim panas Delta diantara New York dan Venice yang sepatutnya bermula pada 1 April juga turut ditangguhkan hingga ke 1 Mei.

Lebih dari 92,000 kes virus Covid-19 disahkan terjadi di seluruh dunia dan angka kematian akibat daripada virus itu telah mencecah sebanyak 3,110 secara global, menurut WHO.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa