Siakap Keli
Gambar: Zul Azizul

Comel, Puluhan Foto ‘Posing Bak Model’ Si Bulus Bikin Ramai ‘Geram’

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Mungkin ada golongan yang mempunyai fobia terhadap kucing namun keletah comel yang ditunjukkan oleh haiwan tersebut akan ‘mencairkan’ hati sesiapa sahaja yang melihat mereka. Tidak hairanlah, kucing menjadi haiwan peliharaan kegemaran ramai di Malaysia.

Tidak kira baka kampung atau baka campuran, kucing akan sentiasa mendapat perhatian pencintanya. Bagi mereka, haiwan tersebut juga bagaikan ahli keluarga mereka sendiri.

Bagi seorang pencinta kucing, merakamkan keletah haiwan itu merupakan momen yang paling bermakna.

Sama seperti seorang jurugambar, Zul Azizul, yang memuatnaik  gambar photoshoot yang ‘dibintangi’ oleh kucing kesayangannya di dalam laman Facebook.

Keletah kucing tersebut yang posing seakan-akan model itu menambat hati warganet sehingga kiriman tersebut dikongsi oleh 1.2 ribu orang.

Untuk melihat lebih banyak ‘kecantikan’ kucing tersebut, klik pada perkongsian di bawah dan nikmati gaya-gaya yang ditonjolkan olehnya.

Rata-rata warga net juga memberikan komen yang mencuit hati dan memuji kecomelan kucing tersebut.

Sumber: Zul Azizul via Malaysian Photographers Community

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa