Siakap Keli
Gambar: Google

Covid-19: Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa Putrajaya Ditangguhkan

Putrajaya: Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa Putrajaya yang dijadualkan berlangsung dari 19 hingga 22 Mac ini ditangguhkan, susulan kebimbangan penularan jangkitan COVID-19.

AKA Balloon Sdn Bhd dan Perbadanan Putrajaya (PPj) dalam satu kenyataan hari ini berkata keputusan itu dibuat selaras dengan keutamaan yang diberikan terhadap aspek keselamatan dan kesihatan orang awam, pengendali, vendor, pembekal, petugas serta anggota keluarga masing-masing yang terlibat dalam perjalanan fiesta itu.

“Selepas pertimbangan yang wajar dan berhati-hati, penularan COVID-19 di peringkat global ketika ini menjadikan mustahil untuk melihat perkembangan jangkitan penyakit itu semasa majlis berlangsung nanti, ditambah dengan pergerakan merentasi sempadan di kalangan pelawat, pengendali dan petugas ketika itu,” menurut kenyataan berkenaan.

Fiesta Belon Udara Panas Antabarabangsa Putrajaya sebelum ini dijangka membawa penyertaan 25 belon udara panas dari 13 negara, termasuk Malaysia.

Fiesta empat hari itu dijangka menarik kunjungan lebih 200,000 pelawat.

Sumber: Bernama

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.