Siakap Keli
Gambar: Facebook Hospital Putrajaya

Hospital Putrajaya: Semua Pelawat Perlu Menjalani Saringan Sebelum Dibenarkan Masuk

BADAN perubatan di negara ini masih terus komited dalam mengambil langkah penuh berjaga-jaga dalam usaha mengekang penularan wabak Coronavirus (COVID-19).

Salah satu inisiatif yang dijalankan di Hospital Putrajaya adalah dengan menjalankan proses saringan kepada semua pelawat dan pelanggan sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan hospital itu.

Dalam pada itu, pengarahnya dalam satu kenyataan semalam berkata, salah satu langkah pencegahan yang dilaksanakan adalah dengan menghadkan kemasukan pelanggan/pelawat ke hospital tersebut.

“Setiap pintu masuk di Hospital Putrajaya akan ditutup kecuali lobi utama di mana saringan dan pemeriksaan suhu badan akan dijalankan.

“Sehubungan dengan itu, pihak pengurusan hospital menasihatkan kepada orang awam yang ingin melawat pesakit supaya sentiasa mengambil langkah-langkah penjagaan kesihatan sepertimana yang telah digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” jelasnya dalam kenyataan tersebut.

Orang ramai yang mempunyai simptom seperti batuk, demam dan sesak nafas, disarankan untuk segera ke hospital/klinik berdekatan dan ia seiring dengan usaha KKM dalam memastikan langkah pencegahan dan kawalan sewajarnya dilaksanakan secara berterusan.

Wajib jalani saringan sebelum masuk. Gambar: Facebook Hospital Putrajaya
Wajib jalani saringan sebelum masuk. Gambar: Facebook Hospital Putrajaya

Sumber: Facebook Hospital Putrajaya

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.