Siakap Keli

Kenapa Logo Marrybrown Terbalik? Takkan Dah Tukar Nama Pulak

‘Fast Food’ memang menjadi kegemaran semua orang, tidak kira tua atau muda. Orang Malaysia lebih mengemari makanan ini kerana ia mudah dan penyediaannya sangat cepat.

Kehidupan yang serba moden ini mendorong lebih ramai individu untuk mendapatkan keperluan dengan segera. Kalau lapar, terus ‘drive thru’ atau terus ke kedai makanan segera, mudah kan? Salah satu contoh premis makanan segera yang membuatkan ramai orang terjatuh cinta adalah ‘Marrybrown’.

Sekadar Hiasan

Untuk pengetahuan korang, Marrybrown merupakan produk Halal daripada Malaysia. Walau bagaimanapun, Marrybrown sudah membuka sayap lebih 500 restauran di 16 buah negara di dunia.

Dengar cerita logo Marrybrown terbalik? Betul ke?

Cuba korang perhatikan maksud apabila logo itu terbalik? Kita semua tahu logo, MB membawa nama sebagai Marrybrown, jika ia diterbalikkan akan menjadi WB yang bermaksud ‘Women Boleh’.

Kenapa Wanita Boleh? Memandangkan Hari Wanita Sedunia yang disambut setiap tahun pada tarikh 8 Mac.

Pada tarikh tersebut, Marrybrown akan mempromosikan semperna Hari Wanita Sedunia. Korang boleh dapat harga RM 3.80 pada 8 Mac 2020 sahaja.

Syarat-syarat yang korang perlu ikut adalah:

  • Promosi ini hanya untuk golongan wanita
  • Terhad kepada tiga (3) kali penebusan, setiap kali transaksi.
  • Sah di semua premis Marrybrown, kecuali di Genting Highland, Sunway Lagoon, Johor Premium Outlets dan semua lapangan terbang.
  • Tarikh promosi hanya pada 8 Mac 2020.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila layari laman Facebook Marrybrown. Jangan lepaskan peluang wahai wanita semua!

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.