Siakap Keli
Kredit: Google/Al-Jazeera

Lelaki Dilaporkan Maut 5 Hari Selepas Disahkan Sembuh Covid-19 Akibat Kegagalan Pernafasan

Wuhan, 6 Mac – Seorang pesakit lelaki tempatan yang disahkan sembuh dari COVID-19 meninggal lima hari kemudian akibat kegagalan pernafasan.

Menurut South China Morning Post, Li Liang, 36 telah dimasukkan ke hospital dengan simptom ringan dan sederhana pada 12 Februari lalu.

Dia dibenarkan pulang dua minggu kemudian dengan arahan untuk tinggal di hotel kuarantin selama 14 hari.

Kata isteri mangsa, Mei, Li berasa tidak sihat disertai bibir kering dan perut bergas dua hari setelah meninggalkan hospital.

Pada 2 Mac, lelaki itu dimasukkan semula ke hospital sebelum disahkan meninggal dunia pada hari tersebut.

Pihak hospital telah mengesahkan kematian pesakit berpunca dari COVID-19 yang menyebabkan kegagalan pernafasan.

Susulan itu, salah satu hospital khas bagi merawat pesakit COVID-19, Hospital Fangcang mengambil keputusan untuk menjalankan ujian antibodi terhadap pesakit sebelum discaj.

Ujian ini adalah bagi memastikan mereka benar-benar sembuh setelah ramai pesakit yang sembuh didakwa kembali jatuh sakit.

Sumber: South China Morning Post

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.