Siakap Keli

Lelaki Kemurungan Hilang Di Ladang Getah Ditemui Meninggal Dunia

GERIK, 6 Mac (Bernama) — Seorang lelaki dipercayai mengalami masalah kemurungan yang dilaporkan hilang di kawasan ladang getah di Felda Papulut, Lawin dekat sini sejak Rabu, ditemui meninggal dunia hari ini.

Ketua Polis Daerah Gerik Supt Ismail Che Isa berkata mangsa yang dikenali sebagai Mohd Hazrin Hamzah, 26, ditemui oleh pasukan mencari dan menyelamat pada pukul 5 petang, kira-kira tiga kilometer dari rumahnya.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Gerik untuk dibedah siasat,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Mangsa dilaporkan keluar dari rumah dan memasuki ladang getah itu pada pukul 7 pagi, Rabu dan tidak pulang ke rumah sebelum ibunya, seorang penoreh getah, Suriana Mohd Marzuki, 47, membuat laporan di Balai Polis Gerik pada pukul 11.51 pagi semalam.

Gerakan mencari dan menyelamat disertai 10 anggota polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Rela serta orang awam

Sementara itu, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Gerik, Azizul Aswad Asaris berkata mayat mangsa ditemui di sebatang anak sungai.

Sumber: BERNAMA

Aqmal Ezany

I write what is right

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.