Siakap Keli
Kredit: Bernama

Letak Jawatan Adalah Keputusan Saya- Latheefa Koya

KUALA LUMPUR, 6 Mac (Bernama) — Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Latheefa Koya hari ini berkata peletakan jawatannya bukanlah berpunca daripada sebarang tekanan ke atas beliau.

“Sebaliknya, ia keputusan saya sendiri. Spekulasi bahawa saya diberi tekanan adalah tidak berasas,” katanya dalam satu kenyataan kepada media hari ini.

Latheefa berkata surat peletakan jawatan itu telah dihantar kepada Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Isnin namun ia tertakluk kepada perkenan oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

“Semalam, saya berjumpa dengan Perdana Menteri dan menjelaskan kepada beliau berhubung keputusan saya untuk meletakkan jawatan. Kami mengadakan perbincangan dengan penuh keikhlasan dan beliau faham kedudukan saya.

“Saya juga telah menjelaskan kepada beliau mengenai langkah yang sedang diambil dan usaha mendapatkan semula dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dari luar negara. Beliau amat menyokong usaha itu,” katanya.

Sumber: Bernama

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.