Siakap Keli
Foto: Nur Shafina

“Mak Berehatlah Disana,” Ibu Hidap Kanser Lidah Tahap 4 Meninggal Dunia Di Pagi Jumaat

Semua orang di dunia ini akan menempuhi ujian yang sama iaitu kehilangan orang tersayang. Kehilangan seorang ibu sangat terkesan dalam diri seseorang. Kesakitan itu sangat dirasai. Ibu yang selalu berada disisi, dihati dan menemani jiwa hari-hari.

Pernah tular mengenai penderitaan seroang ibu yang menghidap penyakit kanser lidah tahap 4 sehingga menyebabkan Allahyarhamah Rosimah sukar untuk bercakap.

Terkini, pada hari Jumaat yang mulia, wanita ini ‘pergi’ menghadap Illahi. Perkongsian ini dikongsikan oleh anak perempuannya, Nurul Shafina di laman Facebooknya.

Mak dah kembali ke Rahmatullah pagi tadi . Mak berehat la disana. Semoga kita berjumpa lagi di syurga nanti.

Allah sayang mak. Kami semua sayang mak.
Mak insan terpilih. Mak dijemput Ilahi dihari yg penuh barakah hari yang mulia. Terlerai sudah penderitaan mak selama ni. Semoga Allah kuatkan hati piena, abah , kakak dan adik2 untuk terima semua ni.

Semoga mak tenang disana 

Mak, mungkin kita terpisah antara dua dunia yang berbeza. Tapi mak tetap dihati kami selamanya hingga ke syurga nanti. InshaaAllah. Ameen .

Mak tunggu piena tau .

Assalamualaikum . Berehat puas2 dekat sana ya mak

Sebelum ini, Shafina pernah berkongsi beberapa keping surat terakhir yang ditulis oleh ibu tercinta.

Nukilan terakhir mak tulis dalam buku sebelum mata mak keduanya bengkak dan tertutup sepenuhnya. Mak dah tak boleh berkata-kata. Dah tak boleh bersuara lagi. Lidah mak dah mengeras sepenuhnya. Mak hanya mampu menulis.

Kata-kata nasihat dari mak, piena akan ingat sampai bila2 . Kami adik beradik akan ingat pesan mak untuk selamanya. Sebak hati bila baca apa yang mak tulis. Nasihat mak untuk kami adik beradik sentiasa terngiang2 dlm ingatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan mak.

Mak cepat sihat ya. Piena rindu mak yang dulu. Pina , adik2 dan abah tak kuat tanpa mak. Kami semua perlukan mak. Mak penyeri rumah. Mak segalanyaaa buat kami.

LOVE YOU MAK ! 

Simpan sini sebagai kenangan .

Syurgaku 

Semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Lapangkanlah kuburnya dan jadilah Syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.

 

Sumber: Nur Shafina

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)