Siakap Keli

Pakar Beri Amaran Tabiat Gigit Kuku Boleh Sebabkan Risiko Jangkitan Covid-19

Pakar penyakit alahan dan penyakit berjangkit telah mengeluarkan amaran yang teruk kepada individu yang suka menggigit kuku dan berkata tabiat itu yang boleh meningkatkan risiko mendapat koronavirus.

Pakar alahan dan penyakit berjangkit dengan Pusat Perubatan Langone New York University, Purvi Parikh berkata semua jenis bakteria, virus, kotoran dan ‘puing’ dapat dikumpulkan di bawah kuku dan kemudiannya boleh dipindahkan ke mulut apabila anda menggigit kuku anda terutamanya jika tidak mencuci atau membersihkan tangan anda dengan betul.

“Setiap kali anda menyentuh wajah anda, terutamanya mulut, hidung, dan mata anda, anda akan memindahkan semua kuman itu dan boleh jatuh sakit.

“Kuman yang terus ke dalam mulut adalah cara yang paling mudah anda boleh mengendalikan segala jangkitan.

“Terdapat banyak jangkitan yang berlaku sepanjang tahun ini dari bakteria hingga virus kepada selesema. Memandangkan kita sekarang mempunyai koronavirus ini, ada lebih banyak alasan untuk tidak menggigit kuku anda,” katanya.

Gambar: Global Young Voices

Namun, menghilangkan tabiat buruk itu lebih susah berbanding pemahaman mudah bahawa ia tidak bersih dan sihat terutama kerana kebanyakan orang tidak menyedari bahawa mereka melakukannya.

Pakar menegaskan bahawa ia masih boleh diatasi dan telah berkongsi beberapa petua mudah iaitu dengan memakai sarung tangan, melakukan manicure dan mengunyah gula-gula getah.

Ahli farmasi generasi keempat dengan CO Bigelow Apothecaries, Alec Ginsberg berkata walaupun memakai sarung tangan mungkin bukan penyelesaian praktikal untuk sepanjang masa, ia adalah penghalang yang sangat baik bagi sesiapa yang menggigit kuku mereka.

“Mengunyah gula-gula getah adalah cara yang baik untuk menjaga gigi anda dari menggigit kuku anda,” katanya.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa