Siakap Keli

Penyelidik Dedah Objek-Objek Ini Mungkin Boleh Jadi Medan Penyebaran Virus- Kajian

PENYEBARAN virus Corona atau Coronavirus (COVID-19) boleh juga disebabkan oleh beberapa peralatan atau benda yang biasa kita pegang setiap hari.

Pemegang pintu, tempat letak tangan di tangga gerak (eskalator) dan beberapa alat layan diri adalah antara objek yang sering disentuh manusia.

Jangka hayat tepat bagi COVID-19 yang ada pada permukaan dan objek keras belum lagi dikenal pasti, namun sesetengah pakar beranggapan bahawa virus tersebut mampu hidup lebih 24 jam.

Baru-baru ini, Persatuan Kesihatan Sedunia (WHO) memberi amaran bahawa wang kertas boleh memberi risiko kepada kesihatan awam kerana ia sepanjang masa bertukar tangan dan membawa banyak bakteria serta virus.

Konsultan Perubatan Akut & Jangkitan Kolej Universiti London, Dr. Ben Killingley berkata mengenai kajian tentang bagaimana selsema yang berada di badan manusia boleh dikaitkan dengan virus COVID-19.

Para saintis pernah mengkaji tentang ‘perpindahan’ (jangkitan) selsema selama beberapa tahun, termasuk membuat kajian ke rumah dan sekolah, memegang alat kawalan jauh, pemegang pintu dan objek keras lain untuk menguji tentang bagaimana ia bertahan ‘mengekalkan’ dirinya.

Ia (uji kaji) juga dijalankan ke atas objek besi keras dan permukaan berplastik, dan COVID-19 ternyata mempunyai persamaan.

Ia bermakna benda-benda lain seperti pemegang tangga gerak (eskalator), pemegang pintu, skrin yang disentuh di restoran makanan segera dan di pawagam juga boleh menjadi ‘lubuk’ penyebaran virus itu.

Sumber: Skynews

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.