Siakap Keli

Pesakit Covid-19 Dari Sepanyol Dilaporkan Pulih Lepas Dirawat Gunakan ‘Ubat’ HIV

Harapan dalam mencari penawar untuk merawat pesakit yang dijangkiti Covid-2019 semakin cerah berikutan laporan yang menyatakan bahawa seorang penghidap Covid-19 warga Sepanyol berjaya pulih dengan menggunakan ubat yang digunakan untuk merawat HIV.

Miguel Angel Benitez, warga Sepanyol pertama yang disahkan positif Covid-19 pada bulan lalu telah dikatakan pulih sepenuhnya setelah dirawat di Hospital Virgen del Rocio yang terletak di Seville.

Lelaki yang berusia 62 tahun itu telah dilaporkan dirawat menggunakan ubat antiretroviral lopinavir-ritonavir, yang dijual di bawah jenama Kaletra, yang telah digunakan untuk merawat pesakit HIV selama sedekad.

Tablet tersebut berfungsi mencegah virus daripada bertambah dalam darah.

Koronavirus boleh membawa maut sekiranya ia bertambah banyak di dalam paru-paru, membunuh sel-sel seterusnya menyebabkan pneumonia.

Virus yang mudah berjangkit itu telah menjangkiti lebih daripada 96,000 orang dan telah membunuh 3,300 orang di seluruh dunia.

Para saintis berharap agar penawar untuk virus ini dapat dihasilkan, diuji dan diedarkan dalam masa 18 bulan.

Hospital di Sepanyol telah menjalankan eksperimen rawatan selama beberapa minggu dalam perjuangannya memerangi wabak Covid-19 yang setakat ini telah menjangkiti 171 orang di Sepanyol.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa