Seorang lelaki yang sedang bersiar-siar bersama anjingnya telah berjaya menangkap seorang pencuri kereta yang sedang melarikan diri daripada ditahan pihak polis.
Adegan kejar mengejar itu telah berjaya dirakamkan menerusi sebuah helikopter polis.
Rakaman udara yang dikeluarkan oleh helikopter Jabatan Polis Queensland di Australia itu memaparkan seorang lelaki merebahkan suspek ke tanah ketika lelaki itu sedang membawa anjingnya bersiar-siar di sebuah jambatan di Mermaid Waters.
Lelaki tersebut telah berjaya mengunci tangan lelaki itu sementara menunggu pihak polis tiba untuk menangkap suspek.
Insiden kejar mengejar itu terjadi selepas pegawai polis berjaya mengesan sebuah trak pikap yang dipercayai dicuri dan cuba untuk memberhentikan kenderaan tersebut dengan menggunakan pancang tayar.
Susulan daripada itu, suspek bertindak merempuh kereta polis dan memandunya di bahagian bahu jalan untuk melepaskan diri.
Helikopter polis berjaya mengekori dan menjejaki suspek dari udara sebelum menemuinya ditahan oleh seorang lelaki.
Good police work with the help from a member of the public leads to man's arrest in Mermaid Waters today. https://t.co/DRJQGRhnIf pic.twitter.com/eLctbAPmYO
— Queensland Police (@QldPolice) March 5, 2020
Sumber: Daily Star