Siakap Keli
Gambar: Wowmenariknya.com

Boleh Sebabkan Penyakit, Rupanya Telur Tak Elok Disimpan Dalam Peti Sejuk

Kebanyakan orang pasti menyimpan makanan di dalam peti sejuk untuk jangka masa yang panjang. Begitu juga dengan telur yang akan disimpan di dalam peti sejuk kerana ia lebih selamat dan membuatkan telur tersebut tetap segar.

Tetapi kajian baru-baru ini menunjukkan bahawa terdapat risiko berbahaya jika telur disimpan di dalam peti sejuk. Dalam satu kajian yang diterbitkan oleh Jurnal Perlindungan Makanan, seperti yang dilaporkan oleh Boldsky, menyimpan makanan tersebut dalam peti sejuk sebenarnya boleh mengurangkan jumlah nutrien di dalamnya.

Telur yang disimpan di dalam bilik dengan suhu yang rendah dapat menghilangkan kandungan protein, enzim dan mineral di dalamnya. Sekiranya semua nutrien hilang, telur yang dimakan tidak akan memberi apa-apa kepada badan dan boleh menyebabkan penyakit.

Penyelidikan juga menunjukkan bahawa telur yang disimpan di dalam peti sejuk lebih berisiko tercemar dengan bakteria yang dipanggil salmonella.

Salmonella adalah bakteria yang boleh menyebabkan beberapa masalah penyakit berjangkit seperti typhus, gangguan pencernaan dan penyakit lain.

Jadi, telur lebih baik disimpan di tempat yang mempunyai suhu sederhana, tidak terlalu sejuk atau terlalu panas.

Sumber: Wowmenariknya.com

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa