Siakap Keli

Ketika Dalam Kebimbangan Ramai, Lebih 50,000 Pesakit Covid-19 Berjaya Disembuhkan

Tidak dapat dinafikan ramai yang merasa bimbang dengan perebakkan virus Covid-19 di peringkat global, dan di Malaysia secara khususnya.

Hampir setiap hari, media melaporkan kes-kes jangkitan terbaru dan juga mangsa-mangsa yang terkorban akibat wabak berkenaan.

Walau bagaimanapun, mungkin ramai yang tidak menyedari bahawa jumlah pesakit positif Covid-19 yang berjaya dirawat dan sembuh sebenarnya lebih tinggi.

Menurut tweet oleh Kementerian Kesihatan Malaysia semalam, di peringkat global, serama 55,444 orang pesakit berjaya disembuhkan daripada keseluruhan 98,730 ribu pesakit positif Covid-19 atau 56.16 peratus.

Manakala angka korban adalah 3.34 peratus atau 3,383 orang.

Malah di Malaysia, kakitangan perubatan kita berjaya memberi rawatan yang terbaik kepada pesakit-pesakit dan lebih 20 orang pesakit sudahpun kembali pulih.

Apa pun, sebagai rakyat Malaysia, kita disarankan untuk memberi kerjasama yang baik kepada KKM untuk memastikan Covid-19 tidak terus merebak.

Sumber: Twitter KKM

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.