Siakap Keli

Remaja Menangis Teresak-Esak Bersimpati Lihat Pakcik Peminta Sedekah, Ajak Kawan Hulur Bantuan

Jika dilihat di sekeliling kita, walaupun keadaan rakyat Malaysia yang rata-ratanya mempunyai kehidupan yang senang, tidak dapat dinafikan masih ada segelintir yang tidak bernasib baik.

Tidak kira siapa pun mereka, ada yang terpaksa kais pagi makan pagi kais petang makan petang untuk meneruskan kehidupan.

Sewajarnya kita yang mempunyai nasib lebih baik, untuk bersimpati dan menghulurkan bantuan kepada insan-insan yang memerlukan ini mengikut kemampuan diri.

Baru-baru ini, dalam perkongsian yang tular di Facebook, Ahmad Firdaus Hashim memuat naik satu kisah yang sangat menyentuh hati dan boleh diteladani oleh kita semua.

Menurutnya, gelagat seorang remaja lelaki dalam kejadian yang berlaku di sebuah restoran di Kuantan amat menyentuh hatinya.

Budak baju oren menangis

Merasa hairan dengan apa yang berlaku, Firdaus kemudian mengambil keputusan untuk menyapa kumpulan pelajar tersebut dan bertanya kenapa rakan mereka menangis.

Menangis sebab kasihan dengan peminta sedekah

“Kenapa degan kawan awak tu dik?”, soal Firdaus.

“Oh dia kasihan sama pakcik. Sebab itu die menangis”, kata rakannya.

Kata Firdaus, dia merasa amat sebak apabila mengetahui cerita sebenar itu dan mengakui hatinya turut tersentuh dengan apa yang terjadi.

Kawan-kawan pakat sedekah

Lebih menyentuh hati menurut Firdaus, tingkah laku yang ditunjukkan oleh remaja berbaru oren itu kemudian turut memberi inspirasi kepada rakan-rakannya untuk sama-sama menghulurkan sedekah.

”Siap belikan nasi lagi untuk pakcik ni. Punya la ramai kawan dia bagi sumbangan sampai aku boleh nampak pakcik ni tangan dia duduk dalam bekas sedekah tu duk kacau-kacau duit yang ade kat dalam.

”Maybe die pun tak percaya apa dia dapat hari ni,” kongsi Firdaus lagi.

Timbul rasa kagum dan malu

Remaja berkenaan dilihat masih teresak-esak walaupun semua sudah menghulurkan bantuan kepada pakcik berkenaan. Keadaan itu kata Firdaus, telah menimbulkan rasa kagum dalam dirinya.

”Malu pun ada. Aku tadi lalu sebelah pakcik tu tak rasa apa pun. Hari ni Allah tnjuk kat aku seorang budak yang berhati mulia.

Menurut Firdaus, dia sempat melihat nama pada jersi yang dipakai oleh remaja berkenaan dan mendoakannya berjaya di dalam hidup.

Kata Firdaus, dia berharap orang ramai mendapat pengajaran daripada kisah yang dikongsikannya.

Sumber: Ahmad Firdaus Hashim

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.