Siakap Keli
Gambar:The Gal Times

Seminit Dalam Lif Bersama Penghidap Covid-19, Seorang Wanita 41 Disahkan Positif

Kes pertama COVID-19 melalui ‘jangkitan lif’ yang dilaporkan di Korea Selatan dikatakan berjangkit melalui ruang tersebut. Seorang wanita berusia 41 tahun dan dua anaknya telah berkongsi lif dengan orang yang mempunyai koronavirus dengan hanya selama kira-kira satu minit sahaja.

Wanita ini kemudian didiagnosis dengan COVID-19 dan anaknya yang memakai topeng diuji negatif.

East Asia Daily melaporkan wanita dan anaknya menaiki lif tersebut bersama dengan seorang pastor berusia 52 tahun dari Gereja Mingcheng. Pada masa itu, wanita dan pastor tersebut tidak memakai topeng.

Presiden Persatuan Perubatan Korea, Chae-Wook Choi menegaskan bahawa lif adalah ruang sempit dan sukar untuk mengekalkan jarak selamat lebih daripada 2 meter. Virus tersebut tetap berada pada butang dan senang dijangkiti.

Pakar-pakar di Korea Selatan juga menyeru agar menggunakan topeng ketika ke luar rumah untuk mencegah jangkitan koronavirus. Butang lif juga seharusnya dibersihkan secara kerap untuk mengurangkan risiko jangkitan.

Sumber: Oriental Daily, GNews

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa