Siakap Keli
Gambar: Twitter Kementerian Kesihatan Malaysia

Situasi Jangkitan Covid-19 Kini Masih Lagi Dalam Kawalan- KKM

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menyatakan bahawa berdasarkan penilaian sehingga hari ini, situasi jangkitan Coronavirus (COVID-19) kini masih lagi dalam kawalan dan berada pada tahap pembendungan awal (Early Containment).

Ciapan daripada Twitter @KKMPutrajaya itu menambah, orang awam diminta untuk memberikan kerjasama sepenuhnya kepada KKM bagi proses siasatan, pengesanan kontak rapat dan rawatan kepada pesakit.

“Untuk makluman, kontak rapat kepada kes yang disahkan positif COVID-19 akan dikenal pasti oleh pihak KKM melalui pasukan kesihatan di pejabat kesihatan daerah.

“Kontak rapat yang dikenal pasti ini akan dihubungi untuk siasatan dan pemeriksaan selanjutnya,” umum Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.