Siakap Keli

(Video) Saya Tawarkan Diri Supaya Tak Dilantik Sebarang Jawatan Dalam Kabinet- Zahid Hamidi

PRESIDEN UMNO, Datuk Seri Zahid Hamidi mencadangkan kepada Perdana Menteri supaya dirinya tidak dilantik menjadi anggota Kabinet.

Katanya, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempunyai pertimbangan sewajarnya untuk melantik mereka yang berkelayakan, berwibawa dan berkemampuan dalam barisan Kabinet.

“Kita semua hendaklah berlapang dada serta berfikiran terbuka untuk menyokong keputusan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri.

“Sebagai Pengerusi Barisan Nasional dan Presiden UMNO, saya memutuskan untuk menawarkan diri agar tidak dilantik dalam sebarang jawatan dalam Kabinet yang akan diumumkan,” katanya.

Beliau berucap sedemikian dalam Perasmian Berkelompok Persidangan UMNO Cawangan-Cawangan Empat Peringkat Dalam Bahagian Bagan Datuk 2020 hari ini.

 

Sumber: Facebook Zahid Hamidi

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'