TUPAI adalah salah sejenis mamalia dan berdarah panas. Salah satu sumber makanannya adalah buah-buahan.
Namun, tidak dinafikan, bagi sesetengah pemilik kebun buah, tupai dianggap sebagai musuh kerana sering mencuri buah-buahan di kebun tersebut.
Sangat mengejutkan, baru-baru ini tular sekeping gambar yang dimuat naik ke Facebook Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association yang menunjukkan seekor tupai diikat dengan kejam.

Difahamkan, tupai ini dihukum dengan kejam kerana mahu memberi pengajaran kepada tupai lain agar tidak melakukan kesalahan yang sama, iaitu mencuri buah durian.
Lebih menyayat hati, dakwa persatuan tersebut, gambar ini berlokasi di Malaysia.
Menurutnya, ini bukanlah cara terbaik untuk mengajar tupai. Seharusnya tupai yang mencuri tidak boleh dipersalahkan kerana fitrah haiwan liar, mereka mencari makanan dengan pencerobohan.
Tindakan menggantung tupai sebagai alasan menakutkan tupai lain ini tergolong dalam kategori menzalimi dan menyakiti haiwan comel tersebut.
Mana-mana pemilik dusun yang melampaui batas melakukan hukuman di atas, adalah wajar untuk dibawa ke mahkamah dan dibicarakan di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010.
Sumber: Facebook Persatuan Haiwan Malaysia – Malaysia Animal Association