Siakap Keli
Kredit: Bernama

TERKINI: 6 Kes Baru COVID-19 Dikesan Hari Ini

Putrajaya, 8 Mac- Kementerian Kesihatan telah mengesan enam kes baru positif COVID-19 hari ini, menjadikan 99 kes positif di Malaysia.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, semua kes yang dikesan setakat jam 12 tengah hari tadi adalah kontak rapat dengan kluster kes ke-26.

“Kesemua kes ini telah dikesan dan diasingkan untuk rawatan selanjutnya. Kontak-kontak rapat bagi kes ini juga sedang dikenalpasti untuk siasatan dan pengambilan sampel selanjutnya,” katanya.

Sebanyak 18 daripada 99 kes setakat ini telah dikesan dari kalangan Patient-Under-Investigation (PUI) jangkitan COVID-19, 79 kes dari kalangan kontak rapat serta dua kes dari Misi Bantuan Kemanusiaan.

Tambahnya, majoriti kes gelombang kedua di Malaysia adalah melibatkan kontak rapat, hanya lima pesakit mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

“Untuk makluman semua, kes-kes bagi gelombang kedua yang dilaporkan ini (bermula kes ke-23 sehingga kes ke-99), hanya lima kes sahaja yang dilaporkan dari kalangan PUI dan mempunyai sejarah perjalanan ke luar negara.

“Manakala kes-kes lain pula melibatkan kluster yang terdiri daripada kontak-kontak rapat dan mempunyai kaitan antara satu sama lain,” kata beliau.

Daripada semua kes tersebut, sebanyak dua kes dilaporkan telah dirawat di Unit Rawatan Rapi dan diberi bantuan pernafasan.

“Kes-kes ini juga telah diberikan rawatan anti-viral,” katanya.

Sumber: KKM

Amira

Love yourself.

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.