MEMPUNYAI seorang abang yang penyayang adalah satu ‘kenikmatan’ dalam kehidupan adik-beradik.
Apatah lagi jika dia memiliki sifat kepimpinan, ketegasan, hormat dan penyayang.
Baru-baru ini tular di media sosial, rakaman video tentang seorang abang yang mendapat anugerah di sekolahnya dan dipanggil untuk naik ke pentas.
Tidak disangka, si abang berdiri dan bukan terus berjalan ke pentas, tetapi dia tercari-cari adiknya dahlulu yang duduk di bahagian pelajar perempuan.
Saat-saat epik berputik apabila adiknya bangun, menuju ke abangnya dan akhirnya mereka berpelukan, menunjukkan rasa syukur atas pencapaian anugerah tersebut lalu melangkah bersama naik ke pentas.
Berdasarkan video, dipercayai pelajar lelaki tersebut berjaya merangkul keputusan cemerlang, 9A dalam peperiksan Sijil Peperiksaan Malaysia.
Difahamkan, kejadian ‘manis’ tersebut berlaku di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) Lati, Pasir Mas, Kelantan.
Video berdurasi satu minit itu mendapat kira-kira 25 ribu perkongsian dan turut menerima pelbagai pujian daripada netizen.
seorang abang mencari adiknya utk naik pentas bersama "anis mano anis" aaaaaw i cannot🤧 pic.twitter.com/eela90vPQv
— عقيلة🌻 (@aqilahazmi_) March 6, 2020
Sumber: Twitter