Siakap Keli

(Video) Hotel Jadi Pusat Kuarantin Covid-19 Runtuh, Puluhan Mangsa Dilaporkan Terperangkap

Sebuah hotel yang dijadikan sebagai pusat kuarantin untuk orang ramai yang disyaki dijangkiti Covid-19 dilaporkan runtuh semalam, dalam kejadian yang berlaku di Quanzhou, China.

Pasukan penyelamat tempatan sejak semalam dilaporkan bertungkus-lumus untuk menyelamatkan kira-kira 70 orang mangsa yang terperangkap. Setakat ini, dilaporkan 48 orang mangsa sudahpun berjaya diselamatkan.

Menurut CNN, antara mangsa yang berjaya diselamatkan termasuklan seorang kanak-kanak bersama ayah dan ibunya. Keluarga ini kemudian dikejarkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Quanzhou terletak kira-kira 960 kilometer daripada bandar Wuhan, yang menjadi pusat munculnya virus Covid-19.

Setakat ini, tiada kecelekaan nyawa dilaporkan berlaku akibat insiden di holtel berkenaan. Punca hotel tersebut runtuh masih belum diketahui.

Sumber: CNN

Nur Adnin

'Jilat luka, tampal parut jadi lencana'

Fazidi

Dulu suka menulis. Sekarang suka menaip.