Siakap Keli

Dari Mufti Kini Jadi Menteri, Ini Kisah Hidup Dr.Zulkifli Mohamad Al Bakri

Sahibus Samahah Dato Seri Dr Haji Zulkifli Mohamad Al Bakri di lahirkan pada 16 januari 1969. Dilahirkan di Kampung Gong Pauh, Kemaman, Terengganu. Beliau sangat dikenali sebagai Mufti Wilayah Persekutuan yang dilantik pada Jun 2014.

Pendidikan  Awal

Beliau mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Rengas Bekah, Kuala Terengganu. Dan kemudian meneruskan ke peringkat menengah Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin (SMASZA), Ladang, Kuala Terengganu (1982-1984) sebelum meneruskan pengajiannya dalam peringkat Thanawi di Sekolah Menengah Agama (Atas) Sultan Zainal Abidin (SMAASZA), Batu Buruk, Kuala Terengganu (1985-1988).

Seterusnya, Datuk Dr. Zulkifli menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Muda Syariah di Universiti Islam Madinah (1989-1993).

Tidak hanya berhenti setakat itu, beliau menyambung pula pengajiannya di peringkat Sarjana Syariah di Universiti al-Ulum al-Islamiah wa al-Arabiah di Damsyik, Syria (1994-1997) di bawah seliaan Syeikh Prof. Dr. Mustafa al-Khin. Pengajian peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) pula diambil di Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (School of Humanities), Universiti Sains Malaysia (2002-2004) di bawah seliaan Prof. Dr. Radzi Othman.

Jawatan Yang Pernah Disandang

  • Bekas pensyarah Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)
  • Penulis dan pendakwah bebas
  • Ahli Panel Kajian Akidah dan Syariah, Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia (JAKIM)
  • Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Terengganu dan Negeri Sembilan
  • Pengerusi, Jawatankuasa Penemuduga Tauliah Mengajar dan Ceramah Agama di Wilayah Persekutuan.
  • Pengerusi Jawatankuasa Taqwim dan Melihat Anak Bulan.
  • Pengurusi Jawatankuasa Pengawasan Pengajaran Agama Islam.
  • Pengerusi Jawatankuasa Wakaf, Pusaka, Wasiat dan Sumber Am MAIWP (JKWSA).
  • Mufti Wilayah Persekutuan

Jawatan Lain

  • Shariah Advisory Council, Bank Negara (2016 – 2019)
  • Panel Penasihat Fakulti Syariah Dan Undang-Undang (FSU), Universiti Sains Islam Malaysia, USIM 2013 sehingga kini.
  • Panel Penasihat Syariah TV al-Hijrah (2017 – 2019)
  • Ahli ISRA (International Shari’ah Research Academy for  Islamic Finance) Council of Scholars.
  • Penasihat Persatuan Pengubatan dan Kebajikan Islam Malaysia Darussiyifa’ (bermula 2017).
  • Panel Pemikir Pengurusan Islam Manhaj Malaysia, JAKIM (bermula 2018)

Hari ini dalam sejarah, pada 9 Mac 2020, beliau telah dilantik sebagai Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Agama Islam Malaysia.

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)