Siakap Keli
Gambar Via Google

Gadis Cacat Dakwa Diperkosa Dalam Bas Dan Pemandu Hanya ‘Berdiam Diri’

Seorang gadis muda dengan kecacatan fizikal dan mental berulang kali dirogol dan ‘disalahgunakan’ oleh pelajar-pelajar sekolah menengah keperluan khas semasa  menaiki bas sekolah manakala pemandu bas hanya duduk dan tidak melakukan apa-apa.

Gadis berusia 14 tahun itu mendakwa bahawa antara April tahun lepas, dia telah ‘diculik’ dan dicabul oleh pelajar lain yang meninggalkan tempat duduknya di dalam bas sekolah khusus untuk duduk bersebelahan dengannya.

Gadis itu digambarkan sebagai seorang gadis keperluan khas yang mempunyai kemahiran berkomunikasi seperti kanak-kanak lima tahun.

Mengikut tuntutan mahkamah, pada 20 April, gadis itu diserang secara fizikal dan diperkosa.

Pemandu pada masa itu melaporkan kepada atasannya bahawa dia ‘melihat sesuatu’.

Pihak sekolah itu kini disaman oleh gadis tersebut serta ibunya. Pihak sekolah mendakwa bahawa pemandu bas telah dibuang dari berkhidmat di sekolah tersebut.

Pihak sekolah dituduh gagal dalam membendung serangan dan jenayah rogol tersebut.

Sumber: Daily Mail

Sofea

Iqra'.

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa

Your Header Sidebar area is currently empty. Hurry up and add some widgets.