Siakap Keli

‘Rakaman Rahsia’ Bongkarkan Haiwan Liar Masih Dijual Ketika Wabak Covid-19 Semakin ‘Parah’

Penggambaran satu rakaman rahsia telah mendedahkan bagaimana pasaran makanan di luar negara masih menjual hidupan liar ‘berisiko tinggi’ walaupun kerajaan Asia mendakwa ia telah ditutup kerana pandemik koronavirus.

Virus maut dipercayai berasal dan merebak dari haiwan kepada manusia di pasaran di Wuhan iaitu pusat wabak yang membunuh lebih 3,600 orang di seluruh dunia dan tiga di Australia.

Apabila kes yang disahkan Australia mencapai 81 pada hari Ahad, seorang penyiasat alam sekitar telah menyamar dan masuk ke pasaran hidupan liar di Bangkok, yang katanya berpotensi mencetuskan ‘Wuhan kedua’.

Penyiasat tersebut bersama-sama dengan seorang wartawan mendedahkan keadaan panas, sempit dan kotor hidupan liar diletakkan selepas diseludup dari seluruh dunia dan dijual sebagai makanan di pasaran.

“Saya fikir tempat ini adalah ruang penyeksaan dan makmal kotor semua bercampur di antara satu sama lain,” kata penyiasat sambil berjalan melalui pasar.

Gambar: Daily Mail

Dalam usaha untuk menghentikan penyebaran koronavirus, China telah menutup lebih daripada 20,000 pasar basah yang menjual daging dan makanan laut segar dan sering hidup.

Tetapi pasaran yang dikendalikan oleh sindiket tertentu masih kebal dengan menjual haiwan tersebut di seluruh Asia.

Rakaman rahsia itu menunjukkan sangkar sempit yang penuh dengan cicak-cicak biru, iguana, monyet, kakatua Australia, meerkat Afrika, ferret, kura-kura, landak dan lain-lain.

Tetapi kerana haiwan itu tidak pernah bersama-sama di alam liar, Enci Galster berkata mereka terdedah dengan virus.

Semasa dipelihara dalam keadaan sengit di pasaran, virus-virus ini boleh berpindah ke manusia yang mengendalikannya.

Sumber: Daily Mail

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa