Siakap Keli

(Video) ‘Rider’ Terpusing Atas Jalan, Rempuh Kereta Tukar Lorong Nak Masuk Susur

Kemalangan adalah suatu perkara yang sukar untuk dielakkan walaupun segala langkah keselamatan telah diutamakan. Mana tidaknya, setiap kemalangan berpotensi menyebabkan kerosakan pada kenderaan, kecederaan pada diri malah boleh menyebabkan kehilangan nyawa orang yang tersayang.

Menerusi satu rakaman yang berlegar di media sosial, satu kejadian kemalangan melibatkan sebuah motosikal dan sebuah kereta dipercayai telah berlaku di Lebuhraya Persekutuan dari arah Klang menghala ke KL pada Ahad (8/3/2020).

Kejadian yang berlaku pada sekitar jam 1.13 tengah hari itu berpunca selepas sebuah kereta berwarna hitam yang berada di lorong kanan lebuh raya itu secara tiba-tiba menukar lorong untuk masuk ke sebuah susur masuk ke Lebuhraya NPE.

Seorang penghantar makanan dari arah sama yang menaiki motorsikal tidak sempat untuk menghentikan kenderaannya dan terus merempuh bahagian belakang kereta tersebut.

Rempuhan itu telah menyebabkan penghantar makanan terbabit tercampak ke tengah jalan manakala motornya berpusing-pusing.

Walau bagaimanapun, kereta yang terlibat dalam kenderaan tersebut dipercayai meneruskan perjalanan di laluan yang lain.

Mujur, beberapa kereta yang melalui jalan raya itu ketika kejadian memberhentikan kenderaan mereka untuk melihat keadaan serta memberikan bantuan kepada mangsa.

Susulan daripada impak insiden itu, penunggang motorsikal tersebut didakwa telah mengalami kecederaan dalaman dan patah tulang pada bahagian bahu kirinya.

Video yang berdurasi selama 1 minit itu telah mendapat tontonan sebanyak 122 ribu orang dan telah dikongsi sebanyak 1,000 kali oleh netizen Facebook.

Orang ramai yang mengetahui apa-apa maklumat berkenaan kejadian tersebut digesa untuk melaporkan kepada pihak polis bagi membantu siasatan.

Sumber: Info Roadblock JPJ/POLIS

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa