Siakap Keli
Gambar: Bernama

YDPA Perkenan Lantik Timbalan Ketua Pesuruhjaya SPRM Ganti Latheefa Koya

Pejabat Perdana Menteri Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan satu kenyataan media berkenaan Perkhidmatan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Menurut kenyataan tersebut, Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong telah perkenan permohonan Latheefa Beebi Koya untuk memendekkan perkhidmatan kontrak sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM berkuatkuasa hari ini (9 Mac 2020).

Baginda Agong juga perkenan melantik Datuk Seri Haji Azam bin Baki, Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu berkuat kuasa mulai hari ini (9 Mac 2020).

Dalam pada itu, kerajaan juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Latheefa Beebi Koya atas perkhidmatan kepada negara selama beliau memegang jawatan tersebut.

Sumber: Jabatan Perdana Menteri

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa