Siakap Keli

Peguam Cerita Kisah Wanita Dilanggar Sampai Masuk Longkang Sebelum Dirogol Dengan Kejam

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Kes jenayah di negara kita semakin hari semakin bertambah. Salah satunya adalah kes rogol. Lebih menyedihkan pelaku sanggup menjadikan kanak-kanak dan wanita sebagai mangsa utama mereka.

Bukan itu sahaja, ada kes rogol yang menyebabkan kematian. Lebih memilukan jika mangsa masih hidup dan masih trauma dengan apa yang berlaku. Trauma ini sebenarnya mendorong persepsi seseorang oleh orang sekelilingnya. Mangsa lebih mudah membuat predikasi tentang apa yang masyarakat fikirkan.

Disebabkan itulah sesetengah mangsa mula memencilkan diri serta takut untuk membuat laporan tentang apa yang berlaku kerana takut orang sekeliling mereka tidak mempercayainya.

Seperti perkongsian daripada seorang peguam bahagian jenayah, Aminahtul Mardiah yang memuat naik satu kisah kes rogol yang pernah dikendalinya. Ikuti kisah ini sebagai satu pengajaran dan teladan untuk masyarakat terutamanya untuk para wanita.

Dilanggar, terpelanting ke longkang, mangsa dirakus oleh individu tidak bertanggungjawab

Pelaku ketika mengangkat mangsa masuk ke dalam kereta, janji untuk bawa mangsa yang kononnya tidak sengaja di langgar ke hospital. Tapi mangsa sebaliknya telah di bawa ke rumahnya.

Pelaku tidak hantar ke hospital tapi…

Menyedari di bawa ke sebuah rumah dan hanya dia dan pelaku sahaja di situ, mangsa yang sakit badan di langgar, cedera di peha, kaki, tangan telah terus bertanya kenapa beliau tidak di hantar ke hospital? Pelaku tidak menjawab dan kluar dari ruang tamu di mana mangsa di letakkan.

Ketika itu mangsa nekad melarikan diri namun sebaik mahu cuba lari, Pelaku muncul semula. Mangsa semakin takut dan panik apabila Pelaku muncul dengan pita pelekat. Mangsa di tiarapkan dan Pelaku dengan kasarnya telah duduk di belakang mangsa sambil mengikat tangan mangsa.

Mangsa cuba menjerit dan telah menangis, merayu kepada Pelaku untuk tidak lakukan apa-apa atas dirinya. Namun Pelaku tidak peduli. Mangsa terus cuba melawan. Pelaku ugut mangsa untuk diam dan tidak melawan sekiranya tak nak di kasari. Mangsa semakin takut.

Selepas mengikat tangan mangsa dengan pita pelekat hitam, mangsa di telentangkan dan di angkat masuk bilik. Pelaku ambil pula tilam dan bawa masuk ke bilik tersebut. Pelaku kemudiannya tiarapkan mangsa atas tilam sebelum telentangkan mangsa semula.

Semasa di tiarapkan, muka mangsa di tekan ke tilam dan tengkuk mangsa di pegang kuat sehingga mangsa hampir lemas bila mangsa merayu untuk tidak di apa-apakan. Perayu kemudiannya lucutkan kain dan pakaian mangsa, termasuklah pakaian dalam mangsa.

Pelaku sentap “baju kurung” mangsa ke atas, cabut “tudung” yang di pakai mangsa dan mula meraba mangsa di seluruh badan terutamanya bahagian sulit mangsa atas dan bawah. Pelaku kemudiannya memasukkan kemaluannya dalam kemaluan mangsa.

Mangsa cuba sekuat tenaga untuk melawan. Mangsa dalam keadaan tangan diikat ke belakang. Satu tangan pelaku tekan badan mangsa dan satu tangan atas tilam. Mangsa tak berdaya. Mangsa cuma mampu pejam mata menahan sakit dan menangis. Mangsa meronta.

Mangsa gerakkan kaki tapi Pelaku hempap badan mangsa. Badan pelaku besar. Mangsa takut dibunuh sebab Pelaku sangat kasar dan kuat. Walaupun mangsa pejam mata, mangsa tau itu kemaluan Pelaku dan bukan jari yang di masukkan ke dalam kemaluan mangsa.

Sebab selepas 5 minit, mangsa boleh rasa ada cecair melekit atas badannya. Mangsa buka mata dan nampak Pelaku lap cecair tu dengan tuala. Mangsa betul-betul takut di bunuh mengingat kembali macam mana tengkuk dan mukanya di tekan ke tilam sebelum di rogol tadi.

Mangsa terpaksa fikir jalan macam mana untuk lepaskan diri. Mangsa kemudian pura-pura baik dengan Pelaku dan bercakap lembut meminta di hantar ke hospital kerana badannya sakit dilanggar.

“Saya kena langgar, kena rogol”

Apabila mangsa berlembut, barulah ikatan tangan mangsa di buka dan Pelaku setuju bawa mangsa ke hospital. Pelaku suruh mangsa pakai baju dan dia telah kemudiannya bawa mangsa ke klinik dan bukannya hospital. Bila mangsa di panggil untuk dapatkan rawatan, Pelaku tunggu di ruang menunggu klinik. Mangsa ambil kesempatan beritau nurse “Saya kena langgar, kena rogol”.

Nurse kemudian bagitau doktor dan doktor terus telefon polis. Polis telah tahan Pelaku di klinik tersebut selepas di camkan oleh Mangsa sebagai orang yang merogolnya.

Akibat dari kejadian ini, mangsa telah mengalami pendarahan di kemaluannya, kesakitan pada tengkuk kerana Pelaku yang menekan tengkuk mangsa ketika muka mangsa disembamkam ke tilam dan pergelangan tangan mangsa merah akibat di ikat.

Peguambela dalam kes ini menggunakan hujahan bahawa tidak ada keterangan sokongan dalam kes ini (yang menyokong cerita mangsa) dan hubungan seks antara Pelaku dan mangsa adalah sukarela. Hakikatnya, mangsa tidak kenal langsung siapa Pelaku.

Peguam juga hujahkan mangsa bukan saksi yang boleh dipercayai. Namun Mahkamah dalam kes ini buat dapatan pihak pendakwaan berjaya buktikan kesemua elemen rogol dan Pelaku dipanggil membela diri. Ulasan mahkamah bagi setiap intipati rogol amat jelas dan terperinci.

Ketika memasukkan keterangan pembelaan, Pelaku menyatakan bahawa beliau telah terlanggar mangsa dan terus turun dari kereta dan tengok keadaan mangsa. Pelaku kemudian ajak mangsa ke hospital tapi mangsa menolak “sikit aje”. Mereka kemudian rancang untuk minum-minum.

Dalam perjalanan, Pelaku ajak makan di rumahnya dan Pelaku akan beli bungkus. Mangsa masuk dalam rumah dan duduk di ruang tamu. Pelaku keluar beli makanan dan semasa balik nampak mangsa tidur di ruang tamu, atas tilam.

Pelaku kejut mangsa ajak makan dan minum dan urut tangan mangsa yang cedera di langgar. Mereka berbual tentang Pelaku apabila mangsa tanyakan gambar anak dan isteri pelaku (yang dinafikan oleh Pelaku) yang ada di ruang tamu.

Mahkamah tidak percaya keterangan versi Pelaku. Keterangan ramai saksi pendakwaan telah membuktikan kejadian rogol tersebut berlaku ditambah lagi dengan keterangan doktor di klinik dan doktor yang mengesahkan berlakunya pendarahan di kemaluan mangsa.

Gambar Sekadar Hiasan

Mahkamah kemudiannya mendapati Pelaku bersalah dan dikenakan 20 tahun penjara dan 7 sebatan. Pelaku telah buat rayuan di Mahkamah Tinggi dan rayuan Pelaku di tolak. Hukuman Mahkamah Sesyen di kekalkan dengan dapatan ianya bukan hukuman yang keterlaluan (excessive).

Keberanian mangsa dipuji ramai

Keberanian mangsa untuk pastikan dirinya dapat ke klinik/hospital (tempat ramai orang) adalah sangat dipuji. Mangsa kemudiannya tidak ragu-ragu memberitahu nurse sehingga Pelaku di tahan polis.

Ramai mangsa rogol di luar sana yang takut buat laporan. Ada yang kata bila buat laporan, diusik usik hubungan seksual di buat suka sama suka. Bila cerita pula, orang keliling tak percaya.

Kita kena berani buat laporan kalau jadi mangsa. Atau kalau kita dengar ada orang yang jadi mangsa, bantu dan sokong mereka buat laporan. Takut pergi balai, cari NGO yang boleh bantu teman buat laporan. Reach out and listen. Because we only have each other.

 

Sumber: Aminahtul Mardiah

Edayu

Lebih banyak menulis dari bersembang

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)