Siakap Keli

Turun 13kg Dalam Masa 3 Bulan, Wanita Kongsi Puluhan Menu Diet Paling Enak

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal.

Pasti ramai diantara kita yang sememangnya menginginkan bentuk badan yang cantik serta sihat.

Namun begitu, dalam mengidamkan bentuk badan yang sihat, usaha serta cara pemakanan yang betul adalah aspek penting yang perlu ditekankan dalam diet.

Seorang pengguna Facebook bernama Nurain Sazila ada berkongsikan rahsianya dalam menurunkan berat badan sebanyak 13kg dalam masa hanya 3-4 bulan sahaja. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:

Sebahagian dari platting diet suku suku separuh saya. Semua gambar milik saya, platting ada beberapa versi ikut mood.

Alhamdulillah dari 75kg, sekarang 57kg ~ atas izin Allah. Untuk beginner memang paling senang amalkan suku-suku separuh. Nak kenyang lama banyakkan fibre dalam pinggan ok. 

Saya memang penggemar sambal penyet tumis ~ diet booster. Saya turun 13kg dalam masa 3-4 bulan. Then, seterusnya saya buat slow-slow asalkan happy dan tak stress berdiet.

Kunci utama kejayaan penurunan berat badan? S.A.B.A.R. Kena sabar nak turunkan berat badan, aim 2kg sebulan pun tak apa. Sebab 2kg x 12 bulan (setahun) = 24kg.

Slowly but surely!

Berikut adalah menu-menu diet yang diamalkannya:

Pun begitu, terdapat banyak lagi resipi dan menu-menu menarik dan sedap yang dikongsikan oleh wanita ini. Lawati perkongsian di bawah untuk melihat lebih banyak hidangan-hidangan yang enak sesuai untuk diet

Sumber: Nurain Sazila

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa