Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL), Arsenal dalam satu kenyaan sebentar tadi memaklumkan pertemuan diantara kelab berkenaan dengan Manchester City yang dijadualkan pada 12 Mac ini terpaksa ditunda berikutan perkembangan terbaru Covid-19.
Menurut kenyataan berkenaan, kelab mengambil langkah berjaga-jaga selepas pemilik kelab Olympiakos, Evangelos Marinakis baru-baru ini dilapor disahkan positif virus berkenaan.
Pemilik kelab Olympiakos turut mengesahkan berita berkenaan melalui satu kemas kini di laman Instagramnya.
Arsenal sebelum ini bertemu dengan Olympiakos dalam Piala Europa pada 21 Februari dan kelab dinasihat untuk melakukan pengesanan setelah wujud kebimbangan ada pemain yang bertemu secara langsung dengan pemilik kelab tersebut di hari perlawanan.
Hasil dari pengesanan tersebut, Arsenal mengesahkan beberapa pemain ada membuat pertemuan dengan mangsa.
Arsenal bagaimanapun berkata, kemungkinan untuk pemain-pemain tersebut turut menjadi mangsa Covid-19 ada sangat rendah.
Namun demikian, mengikut SOP yang ditetapkan oleh kerajaan, mana-mana individu yang didapati menjadi kontak rapat kepada pesakit C0vid-19 perlu dikuarantin untuk tempoh selama 14 hari.
Kesemua pemain-pemian berkenaan akan dikenakan kuarantin selama 14 hari, manakala 4 staf yang duduk berdekatan dengan pemilik Olympiakos pada hari perlawanan turut diarahkan untuk berbuat demikian.
Sehubungan itu, pemain-pemaian berkenaan disahkan tidak dapat terlibat dalam perlawanan menentang City dan pengendali EPL mengambil keputusan untuk menunda perlawanan tersebut ke satu tarikh baru.
Sumber: Arsenal Fc