Siakap Keli

Doktor Beri Amaran, Gimnasium Salah Satu Tempat Berisiko Tinggi Untuk Dijangkiti Covid-19

Penggemar senaman di gimnasium digesa supaya lebih berwaspada ketika bersenam di gimnasium kerana tempat itu telah dikenal pasti sebagai lokasi yang berisiko tinggi untuk penularan wabak tersebut.

Dr Norman Swan, wartawan yang juga mempunyai kelulusan dalam perubatan, menyatakan bahawa gimnasium adalah tempat terbaik untuk virus itu tersebar kerana terdapat banyak peluh di sana.

 

“Kelembapan adalah perkara yang tidak baik untuk menyebarkan kuman. Anda mungkin boleh dijangkiti dengan mudah, sekiranya ada penghidap Covid-19 ini datang dan menggunakan peralatan di gimnasium,” katanya kepada ABC.

“Ini bukan bermaksud menyuruh anda untuk berhenti pergi ke gim, anda hanya perlu berhati-hati di gim. Anda perlu pastikan anda lap terlebih dahulu peralatan sebelum dan selepas digunakan.”

Dr Swan, yang telah menamatkan pengajian di University of Aberdeen, Scotland dalam bidang perubatan, menyatakan bahawa orang ramai perlu memastikan yang mereka menggunakan cecair pembasmi kuman semasa mereka bersenam.

Dia menggesa orang ramai untuk mengelakkan daripada menggunakan bilik wap kerana bilik tersebut tidak cukup panas untuk membunuh kuman tersebut.

“Secara jujurnya, saya tidak akan mendekati langsung kawasan yang lembap.”

Mereka yang mempunyai simptom, termasuk batuk atau bersin, harus menghindari daripada menuju ke gim sehingga mereka sihat.

Walau bagaimanapun, Dr David Thomas, yang juga merupakan seorang profesor perubatan dan pengarah Bahagian Penyakit Berjangkit di Johns Hopkins University School of Medicine, menyatakan kepada New York Times, pengunjung rumah ibadat lebih berisiko daripada kaki gim.

Amaran itu dinyatakan selepas angka kes Covid-19 di seluruh dunia melonjak kepada 114,000 di 107 negara, dengan lebih 4,200 kematian direkodkan.

Sumber: Daily Mail

Aqmal Ezany

I write what is right

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa