Siakap Keli
Gambar Hiasan via Google

Indonesia Catat Kes Pertama Kematian Disebabkan Oleh COVID-19

Indonesia mencatatkan kes kematian pertama yang disebabkan oleh COVID-19.

Menurut seorang jurubicara pemerintah untuk mengendalikan COVID-19 di Istana Presiden di Jakarta, Achmad Yurianto, pesakit merupakan seorang wanita warganegara asing yang berumur 53 tahun.

“Pesakit ini dimasukkan ke hospital dengan penyakit yang teruk kerana ada faktor penyakit yang terdahulu termasuk diabetes, hipertensi, hipertiroidisme dan penyakit pulmonari obstruktif kronik yang telah lama ditanggung,” katanya.

Beliau menambah bahawa jangkitan koronavirus telah memburukkan lagi sistem imun pesakit sehingga menyebabkan keadaannya menjadi lebih kritikal.

Setakat ini, sebanyak 27 kes  COVID-19 yang telah disahkan di Indonesia.

Sumber: News.detik.com, The Spectator Index, The Jakarta Post

Sofea

There's always another side to every story

syafiq halim

Top Fan Sepanjang Masa