Siakap Keli
Gambar: Google

Percaya Khabar Angin Alkohol Mampu Sembuhkan Covid-19, 44 Maut Akibat Keracunan Di Iran

Jumlah kematian akibat keracunan alkohol di Iran meningkat kepada 44 orang manakala ratusan lagi dimasukkan ke hospital selepas penduduk tempatan cuba mencegah jangkitan koronavirus (Covid-19) dengan mengambil alkohol tersebut.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku setelah tersebarnya khabar angin bahawa alkohol boleh menyembuhkan virus tersebut dalam tempoh yang cepat.

Jumlah paling tinggi korban akibat keracunan alkohol itu adalah di Khuzestan iaitu sebanyak 36 kematian direkodkan di mana sebelum itu hanya mencatatkan 16 kes.

Setakat ini, virus yang melanda beberapa negara seluruh dunia telah melanda Teheran dengan meragut hampir 300 nyawa dan menjangkiti lebih 8,000 individu.

Sumber: Dailymail

Sha Rossa

Manis macam 'Rosalinda' tapi bukan dia.

Azmil

The best preparation for tomorrow is doing your best today. :)