Jabatan Kerja Raya (JKR) mengesahkan seorang kakitangan di Ibu Pejabat JKR, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur telah disahkan positif Covid-19 pada 8 Mac lalu.
Mangsa yang sedang menjalani rawatan lanjut di Hospital Kuala Lumpur dilaporkan telah menunjukkan reaksi positif.
Sehubungan itu, JKR telah mengenal pasti kontak rapat dalam kakitangan Jabatan dan Kementerian Kerja Raya untuk menjalani saringan yang telah diadakan pada 11 Mac 2020 (Rabu).
Keputusan saringan akan diperolehi selewat-lewatnya pada 14 Mac 2020 (Sabtu).
Walau bagaimanapun, JKR dalam kenyataan berkata, jabatan akan tetap beroperasi seperti biasa manakala pegawai yang telah menjalani saringan dibenarkan untuk melaksanakan tugas dari rumah.
Langkah proaktif juga telah diambil di mana menjalankan proses disinfeksi ke atas ruang pejabat yang terlibat serta ‘hand sanitizer’ turut disediakan di setiap pintu masuk utama pejabat.
PERHATIAN…
KENYATAAN RASMI KES COVID-19 DI IBU PEJABAT JKR MALAYSIA JALAN SULTAN SALAHUDDIN KUALA LUMPUR.@MOWorks @arkamaluddin pic.twitter.com/XRIQLNshf7
— JKR Malaysia (@JKRMalaysia) March 11, 2020
Sumber: JKR Malaysia