Siakap Keli

Takde Idea Nak Bawak Anak-Anak Berjalan Di Musim Cuti, Sunway Velocity Mall Bagi Baucer Shopping Pada Kanak-Kanak Yang Sertai Permainan

Cuti sekolah sememangnya merupakan waktu yang paling ditunggu kanak-kanak. Manakan tidak, di waktu cuti sekolah inilah mereka tidak perlu bangun seawal pagi bersiap-siap untuk ke sekolah. Bagi golongan ibubapa pula, dengar je cuti sekolah, pasti kepala akan serabut memikirkan tentang ke mana nak bawa anak-anak mengunjungi tempat-tempat menarik serta melakukan aktiviti.

Jangan risau, senarai ini mungkin boleh bantu anda. Antara tempat-tempat menarik yang boleh dikunjungi bersama seisi keluarga adalah Zoo Negara, Aquaria KLCC, Menara KL, Underwater World Langkawi, Lost World Of Tambun dan banyak lagi. Aktiviti-aktiviti yang terdapat pada tempat-tempat ini amat bersesuaian untuk dikunjungi bersama keluarga tanpa mengira usia.

Bagi kanak-kanak yang lebih cenderung untuk bermain permainan pula, ibu bapa bolehlah membawa anak-anak mereka untuk ke Sunway Velocity Mall. Pusat beli-belah yang terletak berhampiran stesyen MRT dan LRT itu ada menawarkan satu permainan interaktif ‘phygital’ yang menggabungkan aktiviti fizikal dan digital untuk kanak-kanak.

Apa yang lebih menarik lagi adalah, kanak-kanak yang menyertai permainan tersebut akan berpeluang untuk menebus diskaun, promosi serta baucer tunai bernilai RM20* daripada Sunway Velocity Mall yang boleh digunakan di semua kedai barangan kanak-kanak yang disenaraikan dalam baucer.

Setiap hari bermula dari 11 Mac 2020 hingga 14 Mac 2020 pula, 50 ahli VeloKiddie yang terawal akan berpeluang untuk menerima RM30 baucer tunai selepas bermain permainan video. Bagi golongan ibu bapa yang nak isi aktiviti pula bolehlah ke bahagian bawah Sunway Velocity Mall untuk melihat jualan harga promosi yang ditawarkan kedai-kedai seperti Annakku, KidzB, Toys ‘R’ Us, Smiggle, Cotton On Kids dan banyak lagi.

Jadi, apa tunggu lagi, kunjungi Sunway Velocity Mall untuk mendapatkan tawaran menarik sebelum terlambat!

Layari Facebook Sunway Velocity Mall untuk maklumat lanjut.



Aqmal Ezany

I write what is right

test